Saturday, January 19, 2019

Tired


Penat..
Aku penat bila aku senyum dan aku tipu diri sendiri yang aku tak ada masalah dalam hidup aku. Biasalah, hidup mana yang tak ada masalah.
Bila aku senyum, aku gelak, aku bergurau dengan orang.. Semua ingat aku okay.
Aku tahu, semua orang ada masalah sendiri. Mana ada masa nak fikir atau kisah pasal masalah orang lain kan(?)

I have to put on a fake smile.. just to cover the pain and sadness.
thats why im tired.

im curious, orang yang aku lihat setiap hari, senyum, nampak gembira je. Betul ke gembira? Senyum tu ada cerita atau tak? Aku pernah lihat orang yang kuat, selalu tersenyum, akhirnya duduk, keseorangan.. sedang fikir mungkin. Atau dia penat? maybe. Penat sorok kelemahan diri. Sedih. Orang yang kuat pun akhirnya jatuh penat bila selalu diuji.

***

Saturday, August 18, 2018

Afraid


Kau tahu perasaan kau perlu tidur tapi kau kekal berjaga.
Sama ada kau takut esok kau terjaga telat atau tak terjaga langsung tau sengaja.
Perasaan kau tak mahu bangun sedang kau perlu bangun. 
Sama ada kau malas atau kau sudah tidak rasa urgency.

Kau tahu perasaan kau kena berfikir panjang sebelum kau berkata kata untuk hari esok atau beberapa hari akan datang.
Perasaan bimbang untuk berada dalam ramai yang asing.
Perasaan fikir apa yang kau dah pernah cakap perlu atau tak, betul atau tidak.
Tentang apa yang perlu kau lakukan dan kemungkinan yang wujud.
Tentang kesalahan kesalahan yang mungkin kau sengaja lakukan atau tanpa sedar yang tak mampu untuk kau maafkan.

This is exactly what i feel all this time. 
Kau tahu apa yang paling aku rasa?
Penat. Penat yang tersangat.

Im afraid of death but i don't feel like im alive
**

Simpan


Setiap kali aku tulis, aku harap satu hari nanti, akan ada orang baca dan tahu apa yang sebenarnya aku rasa dan lalui, selama ini. Terlalu banyak yang tak mampu aku ucap dan jelaskan secara lisan secara jujur dengan orang yang aku paling percaya walaupun keluarga aku sendiri.

Semua ni tak mudah. Tak ada perkataan yang paling tepat yang mampu aku luah, untuk semua faham.
Aku tak mampu untuk berkongsi, dan simpan semua ini sendiri, adalah tersangat sakit dan meletihkan.
Kedua duanya membunuh.
Aku cuba sebaik mungkin untuk tulis saat saat aku tak mampu lagi bertahan sendiri. Supaya nanti bila aku tak ada, orang akan faham kenapa aku begini dan begitu.

Sunday, January 8, 2017

suddenly

segalanya bermula dengan tiba-tiba. semuanya datang tanpa dijangka. mula mula kita hanya tahu nama. tahu tahu je dah sekepala. baru baru masih janggal rasanya. tapi semakin lama, semakin masuk pulak kita rupanya. dan hipotesis diterima.

dari semasa ke semasa. kita menjadi semakin akrab. semua yg datang mcm pembangkang, kita bidas dengan sepakat. konon konon mcm parti pembela masyarakat. padahal dh mcm parti budak jahat. haha

rahsia semakin terbongkar, dahulunya yang kita cuma kenal rupa dan tahu nama. saban hari dh jadi semakin rapat. kisah disebalik yg disimpan mula kita kongsi rapat rapat. walau bukan semua, tapi segalanya bermula saat itu.

kemana mana kita mesti ada. masalah kau, jadi masalah aku juga. kita jadi semakin bermutu, terus kekal disitu bersekutu.

tidak tahu dimana silapnya. tetapi.. itu semua dahulu.

hari ini jalan kita tidak lagi sama. kita tidak lagi duduk sembang semeja. bangku beku ditenggelam malam. khabar terbaru semakin hilang. akrab terus menjadi hiba. hanya yg ada kenangan dahulu mengubat rindu.

walau tidak lagi sekepala, semoga kau berjaya bersama visi. visi yg pernah ada aku disana.

kalau teringat, datanglah jenguk. jika masa telah cemburukan aku, datanglah juga. bawa sekali bersama bunga, letakkan sahaja diatas. nanti aku pasti gembira, dari atas.

terima kasih, kerana pernah ada.

Sunday, September 18, 2016

Its okay

assalamualaikum gaissss.

pernah ada experience heart broken? no no. it doest have to be about love. heart broken about life, friendship, work, hobby or something. As it for me, its about the past and the future.
im not exactly budak baik. just a person yg Allah tutupkan aib hingga nampak baik
di mata manusia.

Alone~

Assalamualaikummm.

Is it bad if I say I'm lonely? Will anything change if I admit the fact that I want someone to talk to? I hate to say this but I'm hating social sites now. 
Why? Because it really shows how lonely I am. Aku tak pandai berkawan. All these years, aku menyorok bawah bayang-bayang orang lain.

Friday, November 27, 2015

ibu bapa pilih kasih?

ASSALAMUALAIKUM. HAI


Membeza-bezakan Kasih Sayang Antara Anak-anak SEORANG anak pasti menyedari diri mereka kurang disayangi ibubapa berbanding adik beradik lain. Situasi tersebut amat melukakan hati mereka kerana diperlakukan sebegitu oleh ibubapa sendiri. Melalui layanan, perhatian, kasih sayang, kehendak yang dituruti, anak-anak tahu samada mereka disayangi samada lebih ataupun kurang daripada adik beradik mereka yang lain...