Setiap kali aku tulis, aku harap satu hari nanti, akan ada orang baca dan tahu apa yang sebenarnya aku rasa dan lalui, selama ini. Terlalu banyak yang tak mampu aku ucap dan jelaskan secara lisan secara jujur dengan orang yang aku paling percaya walaupun keluarga aku sendiri.
Semua ni tak mudah. Tak ada perkataan yang paling tepat yang mampu aku luah, untuk semua faham.
Aku tak mampu untuk berkongsi, dan simpan semua ini sendiri, adalah tersangat sakit dan meletihkan.
Kedua duanya membunuh.
Aku cuba sebaik mungkin untuk tulis saat saat aku tak mampu lagi bertahan sendiri. Supaya nanti bila aku tak ada, orang akan faham kenapa aku begini dan begitu.
Sampai kadang kadang aku rasa mahu pergi dengan cepat supaya aku dah tak simpan semua rasa ini. Dah tak lalui semua perkara yang menyakitkan ini.
Dah tak perlu fikirkan semuanya..
Dan dalam masa yang sama semua orang akan faham.
Jadi, aku sudah tak pendam simpan sendirian.
Cuma satu saja yang membuat aku masih bertahan adalah persediaan bertemu Tuhan aku masih tidak cukup. Aku masih terlalu jahil. Aku adalah manusia yang sebenarnya sudah lama terperosok dalam lubang hitam penuh dosa. Mati seringkali menyinggah benak walau dengan dua rasa berbeza ada kala tidak sabar ada kala terlalu takut.
Apa yang aku rasa simpan dan lalui ini walau tidak terpaling jahanam berbanding yang lain namun sudah cukup buat aku rasa bagai manusia bernyawa tetapi mati. Jiwa aku sudah lama tidur dalam tubuh yang masih berfungsi.
Selalu aku fikir yang manusia hanya akan sedar ada bila tiada, manusia hanya akan tahu bila hilang. Cuma aku masih ragu, jika aku akan di sedar atau di tahu setelah tiada atau hilang.
Kesunyian ini sudah lama. Dan aku sudah mereput bersamanya
No comments :
Post a Comment