Sunday, October 25, 2020

Entah apa yang aku rasa

 


Sedih, penat. Entah mengapa hati ini luka terasa seperti darah itu mengalir keluar dari lukanya.
Sakit. Apa ada cara untuk merawatnya?
Luka yang tak mungkin sembuh,
Tak mengapa. Tidak aku perlukan sebarang ubat untuk merawatnya
kerana seorang aku telah berputus asa.

Terlalu banyak hal kecil yang aku pendam sampai satu tahap rasa tak mampu bertahan.
Aku tuliskan yang tak mampu aku bicara.

Terasa ingin menjerit sekuatnya biar dunia tahu,
 betapa aku sudah perit hidup dalam muslihat dunia,
betapa aku ingin keluar dari kesengsaraan yang melanda,

Aku tetap memilih untuk senyum walau sebenarnya aku tak mampu.
Aku cuba pastikan manusia sekeliling aku juga tersenyum hingga aku lupa,
 ada luka yang belum sembuh sepenuhnya.
Aku cuba telan apa yang aku rasakan hingga hancur. Tapi aku tak boleh.
Aku tak kuat, aku penat. haruskah aku memilih untuk terus tersenyum? 

Manusia itu kejam, mengapa?
Pentingkan diri membiarkan aku lemas didalam pancaroba.
Wahai manusia?
 apa yang kau mahu?
Aku hilang dari pandangan kau? atau dunia?