Monday, September 13, 2021

;



Ya, memang dah lama tak aku luah apa yang aku pendam. 
Aku fikir aku akan baik baik saja hakikatnya aku hanya pura pura.
Aku penat hidup sebagai aku. Musuh aku ialah diri aku sendiri.

Semuanya menjadi semakin teruk kian hari dan aku hanya terduduk diam terpaku takmampu untuk buat apa apa lagi. Penat.
Aku pernah berfikir beribu kali untuk sepenuhnya berputus asa, tetapi masih bertahan seakan masih ada harapan untuk aku terus bangun dari derita.

Namun kebelakangan ini, aku takdapat buat yang terbaik seperti yang aku fikirkan telah beri kesan pada hidup aku. Aku tahu kedengaran lemah untuk aku cakap yang sebenarnya aku dah takmampu untuk teruskan. Aku mentally exhausted
Takguna. Bodoh. Lembab. Menyusahkan, kata kata yang dah selalu aku dengar. 
Aku tahu tak ada apa yang mampu aku ubah sebab aku dah cuba. Aku dah cuba.
Aku takut dengan masa depan aku. Aku takboleh buat apa apa keputusan untuk diri aku dan hidup aku. Aku benci diri aku.

Ya, aku ini memang sia sia.

Sunday, October 25, 2020

Entah apa yang aku rasa

 


Sedih, penat. Entah mengapa hati ini luka terasa seperti darah itu mengalir keluar dari lukanya.
Sakit. Apa ada cara untuk merawatnya?
Luka yang tak mungkin sembuh,
Tak mengapa. Tidak aku perlukan sebarang ubat untuk merawatnya
kerana seorang aku telah berputus asa.

Terlalu banyak hal kecil yang aku pendam sampai satu tahap rasa tak mampu bertahan.
Aku tuliskan yang tak mampu aku bicara.

Terasa ingin menjerit sekuatnya biar dunia tahu,
 betapa aku sudah perit hidup dalam muslihat dunia,
betapa aku ingin keluar dari kesengsaraan yang melanda,

Aku tetap memilih untuk senyum walau sebenarnya aku tak mampu.
Aku cuba pastikan manusia sekeliling aku juga tersenyum hingga aku lupa,
 ada luka yang belum sembuh sepenuhnya.
Aku cuba telan apa yang aku rasakan hingga hancur. Tapi aku tak boleh.
Aku tak kuat, aku penat. haruskah aku memilih untuk terus tersenyum? 

Manusia itu kejam, mengapa?
Pentingkan diri membiarkan aku lemas didalam pancaroba.
Wahai manusia?
 apa yang kau mahu?
Aku hilang dari pandangan kau? atau dunia?

Sunday, April 7, 2019

Sakit


Sakit yang aku pernah lewati
seakan kembali lagi

Aku benci bila perasaan mula
mengalah dengan nasib
Aku benci bila perasaan mula dihimpit dengan masa lalu
Aku benci bila perkara yang aku alami
seakan dejavu yang menjengah

Aku mengalah lagi
Angkat kaki lagi untuk entah kali keberapa

Sejenak aku teriakkan suara dalam hati
Penat hampa penuh lumut lamunan panjang
Mimpi tak jadi
Pupus menjadi kosong hati

Sudahlah

Buang saja harapan
Tak perlu berangan
Biar saja awan berarak terbang

Sudah

Tak perlu ingin
ingin hanya buat pilu hati
Biar saja biar

Semua sudah jadi takdir
Entah takdir apa yang akan mengalir
ikut saja jalan takdir



Night


What her parents didn't know was that
Their princess cried every night at midnigth
Every night

Her friends didn't know that she was
Unhappy even with that big beautiful
fake smile

Public didn't know that she
Starves herself that she doesn't
Care about her health

The school didn't know
That she has scars
Under her sleeves
And blades in her pocket

What she did know
Was that the pain
Would go away
With just one
Bang-

Thinking




I look at the mirror and stared,
Thinking about how would this be another day in hell,
They say, the world is a better place where we could live,
how they lie sweetly, smiling as they bare their teeth.

All my life, i have suffered their hurtful hands.

Sometimes i wonder, "Do i even really matter?" because i seem so insignificant.

Would they even notice, if i am suddenly gone?

or would they just say "yeah, i know her," then move on.


Death is safer, death is sweet.

I pray to God, as my life slowly slips away,
May this never happen to anyone ever again.

Saturday, January 19, 2019

Tired


Penat..
Aku penat bila aku senyum dan aku tipu diri sendiri yang aku tak ada masalah dalam hidup aku. Biasalah, hidup mana yang tak ada masalah.
Bila aku senyum, aku gelak, aku bergurau dengan orang.. Semua ingat aku okay.
Aku tahu, semua orang ada masalah sendiri. Mana ada masa nak fikir atau kisah pasal masalah orang lain kan(?)

I have to put on a fake smile.. just to cover the pain and sadness.
thats why im tired.

im curious, orang yang aku lihat setiap hari, senyum, nampak gembira je. Betul ke gembira? Senyum tu ada cerita atau tak? Aku pernah lihat orang yang kuat, selalu tersenyum, akhirnya duduk, keseorangan.. sedang fikir mungkin. Atau dia penat? maybe. Penat sorok kelemahan diri. Sedih. Orang yang kuat pun akhirnya jatuh penat bila selalu diuji.

***

Saturday, August 18, 2018

Afraid


Kau tahu perasaan kau perlu tidur tapi kau kekal berjaga.
Sama ada kau takut esok kau terjaga telat atau tak terjaga langsung tau sengaja.
Perasaan kau tak mahu bangun sedang kau perlu bangun. 
Sama ada kau malas atau kau sudah tidak rasa urgency.

Kau tahu perasaan kau kena berfikir panjang sebelum kau berkata kata untuk hari esok atau beberapa hari akan datang.
Perasaan bimbang untuk berada dalam ramai yang asing.
Perasaan fikir apa yang kau dah pernah cakap perlu atau tak, betul atau tidak.
Tentang apa yang perlu kau lakukan dan kemungkinan yang wujud.
Tentang kesalahan kesalahan yang mungkin kau sengaja lakukan atau tanpa sedar yang tak mampu untuk kau maafkan.

This is exactly what i feel all this time. 
Kau tahu apa yang paling aku rasa?
Penat. Penat yang tersangat.

Im afraid of death but i don't feel like im alive
**