Saturday, August 18, 2018

Afraid


Kau tahu perasaan kau perlu tidur tapi kau kekal berjaga.
Sama ada kau takut esok kau terjaga telat atau tak terjaga langsung tau sengaja.
Perasaan kau tak mahu bangun sedang kau perlu bangun. 
Sama ada kau malas atau kau sudah tidak rasa urgency.

Kau tahu perasaan kau kena berfikir panjang sebelum kau berkata kata untuk hari esok atau beberapa hari akan datang.
Perasaan bimbang untuk berada dalam ramai yang asing.
Perasaan fikir apa yang kau dah pernah cakap perlu atau tak, betul atau tidak.
Tentang apa yang perlu kau lakukan dan kemungkinan yang wujud.
Tentang kesalahan kesalahan yang mungkin kau sengaja lakukan atau tanpa sedar yang tak mampu untuk kau maafkan.

This is exactly what i feel all this time. 
Kau tahu apa yang paling aku rasa?
Penat. Penat yang tersangat.

Im afraid of death but i don't feel like im alive
**

Simpan


Setiap kali aku tulis, aku harap satu hari nanti, akan ada orang baca dan tahu apa yang sebenarnya aku rasa dan lalui, selama ini. Terlalu banyak yang tak mampu aku ucap dan jelaskan secara lisan secara jujur dengan orang yang aku paling percaya walaupun keluarga aku sendiri.

Semua ni tak mudah. Tak ada perkataan yang paling tepat yang mampu aku luah, untuk semua faham.
Aku tak mampu untuk berkongsi, dan simpan semua ini sendiri, adalah tersangat sakit dan meletihkan.
Kedua duanya membunuh.
Aku cuba sebaik mungkin untuk tulis saat saat aku tak mampu lagi bertahan sendiri. Supaya nanti bila aku tak ada, orang akan faham kenapa aku begini dan begitu.